Khamis, 10 November 2011

2. Kosong

Kan Dah Kosong
Ruang Legar Jiwa Ku
Tak Perlu Kau Tanya Siapa
Yang Layak Bertahta Di Sini...

***

Hari-hari seterus jiwa aku terus kosong, hanya nyawa dan jasad yang terus berjalan.

Saat berlalu.
Minit berlalu.
Jam berlalu.
Hari berlalu.

Kosong, dan kosong.
Tidak tahu bersujud mencari tuhan.
Iblis terus mengisi kekosongan.

Seterusnya, aku melalui hari-hari kosong gelap kotor suram.

Mencari setitik cahaya, yang kian jauh. Makin aku kejar makin dia menjauh. Tidak mampu aku gapai. Tatkala iblis kian memenuhi kekosongan jiwa.

Kelip-kelip cahaya tiba-tiba hadir. Aku nampak dan aku kejar, dalam kegelapan.

Lalu aku tersenyum, tika kelip-kelip kecil itu menggapai agar aku datang padanya.

***

Tak Perlu Kau Tanya Siapa
Yang Layak Bertahta Di Sini

Dan Disini Harus Siapa Tahu
Kalau Bukan Kamu
Kalau Bukan Kamu...